- Ini adalah pembelian majalah digital berformat pdf. Tiada majalah fizikal akan diposkan.
- File pdf boleh dimuat-turun usai pembayaran pada Page –> My Account dan juga melalui pautan email yang akan dihantar.
- Pembelian produk digital ini adalah untuk bacaan peribadi sahaja. Tidak dibenarkan ia di jual-semula atau dikongsi dengan niat komersial.
- Perkongsian artikel/media ke mana-mana medium media sosial untuk tujuan kupasan atau review atau perbincangan dibenarkan dengan syarat memberikan kredit kepada Majalah Seni Beladiri dan tidak boleh diletakkan artikel/gambar itu secara penuh untuk bacaan/tatapan umum.
- Tidak dibenarkan sebarang olahan artikel/gambar oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari pihak Majalah Seni Beladiri.
- Dengan melengkapkan pembayaran, secara automatik anda bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan pada pautan https://senibeladiri.akademy.my/terms-and-condition/
- Untuk Terma dan Syarat yang lebih terperinci, klik pada Page –> Terms and Conditions.
Senaman Tua
RM60.00 Original price was: RM60.00.RM49.90Current price is: RM49.90.
SENAMAN TUA DIASASKAN AZLAN GHANIE
(Nama Penuh Azlan Jumat Bin Abdul Ghanie).
Beliau menamakannya Senaman Tua atau dipanggil “ST “ di kalangan pengamal senaman Melayu, kerana ‘senaman’ ditafsir sebagai latihan pergerakan fizikal dan ‘tua’ diambil daripada terjemahan ‘orang-orang tua’ yang bermaksud sudah berusia.
Kerana ia sudah berusia, maka penyampaiannya mengikut adat guru Melayu iaitu berpetua, berasa dan berahsia.
SEJARAH SENAMAN TUA
Dalam kelas ST, senaman bermula dengan ‘bangkit diri’ rohani dan jasmani. ST mula dengan berdiri dengan berbadan tegap, senyum dan bernafas (bermula dengan kaedah Nafas Melayu), dan senaman fizikal bermula dari tapak kaki.
Konsep senaman yang bermula dari bawah ini mengikut adat Melayu bersiram (mandi) iaitu bermula menjirus kaki dahulu.Sehubungan itu, pergerakan tapak kaki dilakukan sebagai senaman mula dan ia bernama Tapak 9.
ST berunsur atau bersendi kepada asas orang Melayu berdiri, duduk, baring dan bergerak.
Semua pergerakan itu bercerita seperti seorang pahlawan Melayu berpakaian lengkap. Pakaian yang dipakai dan senjata keris yang digenggam, semuanya mencerita atau memberitahu niat dan matlamat.
Senaman ini sememangnya popular dan baik untuk badan suami-isteri dan diakui ia wajar sekali dilakukan sebelum dan sesudah bersama.Ia juga baik untuk atlit termasuk ahli beladiri semasa atau selepas latihan untuk mengelak mengalami sakit pinggang, sendi, otot-otot dan sebagainya selepas bangun tidur.
Senaman Melayu ini menjurus kepada kecepatan dan kekuatan. Justeru, senaman menumpu kepada kekuatan sendi dengan pergerakan yang diolah dan dinamakan secara am dengan ‘tari tangan’. Daripada inilah dihasilkan ‘gerak 9’, ‘bunga teratai’, ‘gulung ekor naga’ dan sebagainya.
Pergerakan dalam senaman berteraskan kepada Silat Melayu yanga mana ia amalan orang-orang istana untuk bertempur.
Senaman Melayu mempunyai gerakan yang antaranya berdiri, duduk, baring dan bergerak. Secara tidak langsung ia merangkumi kaedah yang terdapat dalam yoga, tai chi, chi gong, pilates, aerobik, anaerobik dan beladiri. Atau boleh dikata ST ada semuanya.
Namun ia tidak ambil atau menceduk pergerakan atau falsafah senaman itu. ST berdiri dengan sendiri dan ada identiti tersendiri.
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet.